
Ni gambar tempahan oreo cheese cake yg ditempah oleh kak ummi utk anak dara beliau. sweet sgt tarikh bday sama anaknya pun sweet juga. gambar bawah ehsan dari kak ummi yg ditag kpd saya di fb. Tqvm

Ni gambar tempahan oreo cheese cake yg ditempah oleh kak ummi utk anak dara beliau. sweet sgt tarikh bday sama anaknya pun sweet juga. gambar bawah ehsan dari kak ummi yg ditag kpd saya di fb. Tqvm
Butterscotch Cheesecake
Fruity Cheesecake
Chocolate cheese indulgence.
Minggu ini sy telah menerima bbrp tempahan utk kek ini - steam cheese brownies. Kek brownies yang dilapisi cheese dan disaluti chocolate.
Hot produk saya - namun byk gambar creampuff yg tak dimasukkan. Kata hubby sama je gambar creampuff hehehe.....so tempahan ini dari Farah utk majlis qiqah babynye. alhamdulillah menurut Pn. farah beliau bpuas ati dgn order ini. Tqvm Farah.
Tempahan daripada Kak Maz. Terima kasih Kak Maz sudi order dan Happy Anniversary - semoga bahagia selalu bersama keluarga...daun karot kek tu tak comey sgt sbb nozzle yg sesuai da rosak kena beli baru kuikuikui.
Tempahan karot kek oleh kawan kak Aizan. Terima kasih sudi menempah. Carrot cake ini dilapisi dan disaluti cream cheese dgn rasa campuran karot dan kacang.
Sempena bday abah, Wani (anak buah), abang Ngah (abg ipar), Adam (anak buah) sy buat Steam Cheese Brownies dgn hiasan buah2. Kek ini ramai penggemarnya di kalangan keluarga sy termasuk anak2 saya dan anak2 buah sy. Doa saya moga mereka panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam lindungan Allah hendaknya amin...
Tempahan dari Kak Aizan jiran depan umah yg sweet je orgnye. Tempahan utk meraikan bday rakan2 di ofis yg menyambut bday in Ogos, September dan Oktober. Beliau menempah 3 biji kek - Kek Steam Cheese Brownies, Kek Oren dan juga Carrot Cake. Tq Kak Aizan sudi memperkenalkan Umieja Homemade Choc pada rakan2.
Tempahan Pn. Ernidawati (Aby) plain brownies with topping ganache. beliau request letak M&Ms atasnye utk dberi kpd rakan sekelas anaknya sempena bday anaknye baru2 ini. Tq Erni sudi menempah.
Tempahan dari Kak lin utk qiqah dan majlis pertunangan anak buahnya. terima kasih kak lin kerana sudi menempah choc oreo 100pcs, choc 2in1 100pcs dan juga choc utk hantaran dgn tema biru putih. gambar choc hantaran agak blurr kerana choc tersebut baru kuar peti ais. Gambar ini ehsan kak lin gak sbb masa ni sy takde kamera huhuhu. Tq dear Kak Lin.
Tempahan dari Junior saya dulu zaman ITM manjung - Pn. Ernidawati (sy panggil Aby). Beliau menempah kek steam brownies cheese. Tq Aby for d compliments.
Ni kes lupe masuk aritu huhu. steam moist choc cake n creampuff.

Ini tempahan daripada Kak Aizan jiran depan umah. Gambar ni pun ehsan dari beliau krn da takde kamera buat masa ini huhuhu. Kak Aizan telah menempah kek steam cheese brownies dan kek oren utk anak lelaki - Haziq dan anak perempuan beliau - Nurul.
Pn. Anum telah menempah 2 biji blueberry cheese brownies sempena majlis ulangtahun perkahwinannya. Alhamdulillah dpt positive feedback dr beliau. Gambar ini ehsan dari beliau kerana saya takde kamera buat masa ini (huhuhu). Terima kasih kepada Pn. Anum kerana gambar ini dan juga kpd Umai kerana memperkenalkan Umieja Homemade pd Pn. Anum. terima kasih sekali lagi...
Berikut adalah tempahan yg sepatutnya dah lama dimasukkan...(sy update ikut dan je...bz dgn keje di ofis lg - sy ni tak secekap sesetgh blogger)